d/a Wat Pracacinaram, Kampung Kulim, 16250 Wakaf Bharu, Kelantan. email: pbwb@time.net.my

Menu Pilihan

Kursus Pendidikan Agama Buddha ke-6, Tahun 2005

Pihak PBWB dengan segala hormatnya menjemput saudara-saudari untuk menghadiri kursus Buddhisme yang julung kalinya diadakan di bumi Kelantan ini. Ambillah peluang keemasan ini untuk mengenali, mendalami dan mempraktik ajaran Buddha. Program-program yang menarik, intensif serta berinformasi telah disusun dalam kursus selama 5 hari ini.

Link

Download

 

Maklumat Kursus

  • Tarikh : 28 Mei - 2 Jun 2005 (5 hari)
  • Tempat : Dewan Orang Ramai, Wat Pracacinaram,
    Kampung Kulim, 16250 Wakaf Bharu, Kelantan.
  • Bahasa pengantar:
    Bahasa Malaysia (rasmi), Bahasa Hokkien dan Bahasa Inggeris.

 

Objektif kursus

  1. Memberi pengenalan dan pendedahan terhadap doktrin-doktrin utama serta sejarah perkembangan Buddhisme, demi melahirkan insan yang mulia.
  2. Menyediakan satu peluang berinteraksi dan membentuk persaudaraan sesama masyarakat Buddhis Kelantan.
  3. Membetulkan pandangan yang salah terhadap Buddhisme melalui sesi soal jawab dengan bhikkhu serta penceramah pengalaman.
  4. Kesedaran tentang keperluan Kelas Dharma sebagai institusi pendidikkan agama Buddha, serta mendapat maklum balas untuk menorbatkan Kelas Dharma sebagai institusi pendidikan agama Buddha yang berkesan.

 

Antara penceramah jemputan:

  • Bro. Tan Ho Soon (Serdang, Selangor)
  • Bro. Koo Bon Chin (Kuala Terangganu, Terengganu)
  • Bro. Poh Kim Hee (Kota Bharu, Kelantan)
  • Bro. Ooi Kim Pian (Tanah Merah, Kelantan)
  • Than Bun (Wat Batu Tiga, Rantau Panjang)

Sinopsis Kursus

Berikut merupakan antara cadangan tajuk ceramah dan isi kandungan sebagai rujukan/panduan kepada penceramah.

(A) Sejarah dan doktrin utama

1. Riwayat Hidup Buddha & Sejarah Perkembangan Buddhisme (2 sesi)
a. Kisah hidup Gautama Buddha, peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah hidup Gautama Buddha, pengikut-pengikut Buddha, 1st , 2nd and 3rd council.
b. Perkembangan Buddhisme selepas Parinibbana, pecahan Sangha kepada dua kumpulan utama – Theravada dan Mahayana.
c. Sejarah perkembangan Buddhisme di India, kemerosotan Buddhisme di India dan kedatangan Buddhisme ke Asia Tenggara dan Malaysia.

2. Empat Kebenaran Mulia, Four Noble Truths
a. Pengenalan serta latar belakang 4 Kebenaran Mulia. Definisi “Kebenaran Mulia”.
b. Penerangan setiap kebenaran dengan jelas serta menarik dengan andaian para peserta tidak pernah mendengar mengenai doktrin ini.
c. Menyangkal dakwaan bahawa Buddhisme adalah pesimistik.
d. Perbezaan di antara Buddhisme dengan agama-agama lain.

3. Jalan Mulia Lapan Faktor, Noble Eightfold Paths
a. Pengenalan serta latar belakang Jalan Mulia Lapan Faktor.
b. Penerangan setiap Jalan dengan jelas serta menarik dengan andaian para peserta tidak pernah mendengar mengenai doktrin ini.
c. Penekanan bahawa menurut Buddha “This is the only way”

 

4. Karma
a. Salah faham berkenaan Karma
b. Bolehkah karma diubah
c. Klasifikasi Karma
d. Adakah kesemua fenomena disebabkan oleh Karma?

5. Kewujudan Semula
a. Bagaimanakah kelahiran semula berlaku?
b. Saat kematian

6. Tiga Ciri Universal Dukkha, Anicca, Anatta

7. Sila (Panca Sila, Attha Sila)

8. Dasa Kusala Karma / Dasa Akusala Karma

9. 31 Alam Kewujudan
a. Konsep syurga dan neraka, daripada perspektif Buddhist
b. Kewujudan roh
c. Pemindahan pahala kepada simati.

(B) Buddhisme dan isu semasa

10. Buddhisme dan Kebudayaan Cina
a. Perbezaan di antara motif utama upacara-upacara Buddhisme dan kebudayaan cina. Contoh simbol-simbol Buddhis.
b. Penerangan terhadap salah-tafsir tentang Buddhisme oleh masyarakat umum.
c. Perbezaan di antara upacara-upacara keagamaan cara Theravada dan Mahayana.
d. Konsep dewa, Boddhisata dan Tuhan di dalam Buddhisme.
e. Penerangan dari perspektif sejarah tentang upacara tradisional Tionghua yang telah dicampur-aduk dengan elemen Buddhisme seperti Hungry Ghost Festival, Full-Moon Day, New-Moon Day, dan lain-lain.

11. Hubungan Sangha dan Masyarakat
a. Sejarah penubuhan Sangha (Bhikkhu dan Bhikkhuni) dan Vinaya.
b. Definisi Sangha. bhikkhu sangha dan ariya-sangha.
c. Tanggungjawab masyarakat terhadap golongan Sangha; kenapa masyarakat perlu menyokong Sangha; cara-cara masyarakat boleh menyokong pihak Sangha.
d. Tanggungjawab Sangha terhadap masyarakat.
e. Syarat-syarat menjadi seorang Bhikkhu/Bhikkhuni.
f. Isu Bogus monk, black magic dan kekurangan bhikkhu di Kelantan.

12. Panduan kehidupan seorang Buddhis - Sigalovada Sutta

13. Piagam kebebasan menyiasat – Kalama Sutta


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

  • En.Ong Lu Tiok (Yg Dipertua PBWB) Tel: 019-9604375
  • En. Lau Chin Sang ( Pengerusi Kelas Dharma ) Tel: 09-7198003 / 012-95388860
  • Email : pbwb@time.net.my

 

Send mail to pbwb@time.net.my with questions or comments about this web site.
Last modified: 9 May, 2005