Make your own free website on Tripod.com


d/a Wat Pracacinaram, Kampung Kulim, 16250 Wakaf Bharu, Kelantan. email: pbwb@time.net.my

Menu Pilihan


Jemputan ke Seminar Pengenalan Kepada Buddhisme (1 Mei 2003, Khamis)

Seminar Pengenalan kepada Buddhisme akan diadakan pada 1 Mei 2003 bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 10.00 malam. Dato’/Datin/Tuan/Puan/Sdr/i dijemput datang ke Seminar Pengenalan kepada Buddhisme yang julung-julung kali diadakan di Wat Pracacinaram, Kampung Kulim, Wakaf Bharu.

2. Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk:
• Untuk memberi pengenalan dan pendedahan terhadap doktrin-doktrin utama serta sejarah perkembangan Buddhisme kepada para peserta.
• Menyediakan satu peluang berinteraksi dan membentuk persaudaraan sesama masyarakat Buddhis Kelantan.
• Membetulkan pandangan yang salah terhadap Buddhisme

3. Para penceramah jemputan adalah terdiri dari mereka yang berpengalaman luas tentang agama Buddha. Mereka ini akan memberi bimbingan dan dorongan khasnya kepada para peserta seminar dan masyarakat Buddhis amnya. Kehadiran Dato’/Datin/Tuan/Puan/Sdr/i amat dialu-alukan. Tempat hanya akan disediakan untuk 100 orang peserta sahaja. Bagaimanapun bagi mereka yang ingin datang mendengar ceramah adalah dialu - alukan. Makanan tengahari dan malam hanya di sediakan untuk peserta yang berdaftar sahaja, makanan ringan akan di sediakan untuk semua.

4. Kerjasama dan sambutan serta sumbangan yang Dato’/Datin/Tuan/Puan/Sdr/i berikan, saya bagi pihak Wat Pracacinaram dan Jawatankuasa Penganjur mengucapkan ribuan terima kasih.

“SADHU SADHU SADHU”


Saya Yang Menjalankan Tugas,

……………………………….
(ONG LU TIOK)
Yang diPertua,
Persatuan Buddha Wakaf Bharu,
D/A Wat Pracacinaram, Kg. Kulim,
16250 Wakaf Bharu.

Download Surat Jemputan Peserta

Download Borang Penyertaan Seminar

 

Send mail to pbwb@time.net.my with questions or comments about this web site.
Last modified: 11 April, 2003